Gerbang Caster KK
please login first if you already become member,if not please register first before you can access this forum.


Universal Members
 
HomePortalCalendarFAQSearchRegisterLog in
Selamat datang ke Gerbang Caster KK

Share | 
 

 ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???

Go down 
AuthorMessage
adan

avatar

Posts : 18
Join date : 2009-05-26
Age : 29
Location : perumahan kastam jln sepanggar

PostSubject: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Wed Jun 17, 2009 4:14 pm

siapa-siapa ada info mengenai isu topik diatas ini? share-share lah Question
Back to top Go down
hardlena



Posts : 35
Join date : 2009-06-04

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Fri Jun 19, 2009 1:59 am

saya rasa ya.. banyak baca di mana2 artikel mengatakan warna gewang memainkan peranan penting bagi si ikan mengesan kelibat gewang yang kita guna..
Back to top Go down
belended

avatar

Posts : 55
Join date : 2009-06-12

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Fri Jun 19, 2009 3:59 am

sya pun tidak arif sgt pasal pemilihan warna ni... gewang yg ada dgn sya pun sikit saja so sya akan try saja mana2 gewang yg ada...

melalui pembacaan serta perkongsian maklumat dgn rakan... faktor cuaca dan warna air samada gelap atau jernih mempengaruhi faktor pemilihan warna gewang...

contohnya yg sya tau kalu kasting jalak dikawasan airnya gelap... penggunaan gewang yg gelap sesuai seperti spinner bait kaler hitam... kerana blade pada spinnerbait juga memainkan peranan dalam membangkitkan nafsu jalak menghentam gewang... sama dgn gewang biasa yg bersifat rattle(ada bearing), bunyi dari bearing juga mempengaruhi...

bagi sya pula yg masih cetek ilmu dalam arena mengilat gewang ni akan cuba cari gewang yg berwarna natural... tapi sejak kebelakangan ni sya minat tengok gewang kaler pink... dan bila casting sya cuba semua gewang yg ada... hahahahahaha...
Back to top Go down
madik



Posts : 58
Join date : 2009-06-02
Age : 29
Location : kk-kb

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Sat Jun 20, 2009 6:04 am

klu ikut pandangan sya la...ikut keadaan air jgk untk pilih warna gewang ni....cuaca pun mempengaruhi pemilhan warna....sekadar pendapat dari noob mcm sya ni...hehehe
Back to top Go down
adan

avatar

Posts : 18
Join date : 2009-05-26
Age : 29
Location : perumahan kastam jln sepanggar

PostSubject: re;adakah warna rapala memainkan peranan   Sat Jun 20, 2009 4:34 pm

kalau air yang berwarna coklat..
apa warna rapala apa yang boleh di gunakan..???
Back to top Go down
Pakcik P
Administrator
Administrator


Posts : 87
Join date : 2009-05-25
Location : Membakut- Kota Kinabalu

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Sat Jun 20, 2009 4:51 pm

kebiasanya faktor warna gewang adalah paling penting dalam memainkan peranan aksi gewang untuk sesi casting atau troling...salah satu contoh

Warna air : Hitam - warna gewang yang di sarankan adalah bewarna cerah seperti kekuningan,kehijauan,putih merah.

Warna air : Biru - saranan warna gewang adalah bewarna clear sperti Putih pearl,merah2 kehitaman,biru langit.

ini kerana pengaruh warna gewang kepada persekitaran warna air adalah penting untuk menarik perhatian ikan yang berada di dalamnya
Back to top Go down
http://gckk.forumotion.com
madik



Posts : 58
Join date : 2009-06-02
Age : 29
Location : kk-kb

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Mon Jun 22, 2009 4:19 am

ni artikel yg sya copy paste dari KPN oleh Octopussy


GEWANG, WARNA dan SAINS

Tindakan dari kesan warna adalah berbeza mengikut sebagaimana kadar penembusan cahaya kedalam air.
Ini membuatkan pemilihan gewang dan warnanya menjadi teka-teki dan penuh soalan sains.
Dikatakan majoriti ikan dapat melihat warna dengan baik memandangkan komposisi mata ikan terdiri dari
bebatang dan kon. Penglihatan pada waktu siang dilakukan menggunakan sel-sel kon. Sel-sel ini menjana
kepada info tentang warna yang dilihat. Manakala bebatang dalam mata ikan pula bertindak sebagai ejen
penglihatan pada waktu malam. Bebatang ini lebih mengfokuskan akan kekuatan atau terang cahaya-cahaya
yang ada. Didalam gelap, tidak ada kekuatan untuk mengenal warna.



Mengenal jenis dan sifat ikan adalah amat penting, adakah mereka ini yang keluar mencari makan pada waktu
siang atau hanya pada waktu malam. Langkah pertama memilih warna adalah jelas. Pada waktu malam kita
memerlukan satu kaedah untuk menarik perhatian pemangsa malam lebih kerap. Dan pada sebelah siang kita
memerlukan pemilihan umpan/gewang yang lebih menarik perhatian dari segi warna, rupabentuk, bergetar dan
sifat pemantulan cahaya yang hebat. Untuk contoh > ikan seperti Bass adalah ikan siang manakala ikan Walleye
adalah ikan malam. Kadar penglihatan ikan Trout seperti Rainbow Trout dan Brown Trout juga hebat. Ikan-ikan
ini mampu membezakan dan melihat sinar spektrum warna dan mempunyai kebolehan melihat objek berwarna
dan menentukan samada objek itu dekat atau jauh. Ikan-ikan ini mampu membezakan jarak objek dalam jangka
waktu yang amat singkat melalui mengenal warna.


- O O O O O O O -
Cahaya bertindak berbeza tatkala beroperasi didalam air. Jarak gelombang warna yang panjang terdiri dari warna Merah, Oren,
Kuning, Hijau, Biru, Biru Tua (indigo), dan Ungu. Kesemua akan diserap sebaik sahaja mencecah air. Warna-warna ini akan
menjadi pudar dan menjadi hitam sebaik sahaja sentuhan pertama di air. Cahaya warna merah akan diserap secara total
apabila berada pada kedalaman 15-20kaki yang pertama. Oren pada kedalaman 30-40kaki dan Kuning pada kedalaman
60-70 kaki. Hijau dan Biru dikatakan akan bergerak jauh kedalam lagi selagi cahaya dapat menembusi dasar air. Kadar
cahaya akan berkurangan semasa bergerak menuju dasar. Mudah, kadar terang cahaya akan semakin malap.



Pada kedalaman 40kaki, warna kuning masih lagi kuning akan tetapi kekuatan warna ini tidaklah seterang sewaktu berada
diluar air.Kejernihan air dan aktiviti di air juga perlu diambil kira. Menggunakan warna merah pada tundaan gewang di selat
yang dalam tidaklah sama dengan penggunaan gewang yang sama di air sungai jernih yang bergerak laju. Penggunaan
gewang pada kadar kedalaman 10-12 kaki di selat yang dalam menunjukkan warna merah masih ujud. Manakala apabila
digunakan di sungai jernih berarus laju, warna merah ini hanya bertahan beberapa saat sahaja. Warna putih dan perak (silver)
adalah warna-warna yang bertindak efisien untuk menggewang di air yang dalam. Juga pilihlah gewang yang memantulkan
cahaya yang baik. Ini kerana warna-warna ini akan menjadi halimunan dalam masa sekejap sahaja seandai perairan itu
mempunyai latarbelakang dan sifat warna hijau atau biru.


Image
Carta pemilihan warna mengikut kadar kekuatan cahaya matahari yang digunapakai di Jepun, Puerto
Rico dan US untuk menentukan pemilihan tepat bagi pemancingan ikan Billfish seperti Layaran dan
Mersuji.



CUADA MENDUNG ATAU LANGIT YANG TERANG?

Pada hari yang mendung, cahaya tidaklah begitu kuat dan terang. Tindakbalas warna tidaklah begitu baik pada cuaca sebegini.
Ini adalah perkara yang perlu diambil perhatian tatkala memancing pada waktu dan cuaca sebegini. Semakin gelap langit, semakin
kurang cahaya yang ada. Kita perlu tahu bagaimana memanipulasi pengetahuan dan penggunaan warna dalam cuaca seperti
langit gelap penuh awan hitam (mendung), langit terang penuh awan (50/50), langit terang tanpa awan (cahaya matahari yang
banyak).



PANCINGAN SIANG ATAU MALAM?

Seperti di perenggan pertama tentang bebatang dan kon mata ikan disini kita melihat pertukaran
fungsi kon dan bebatang pada mata ikan. Pada waktu senja dan menghampiri malam, kon tidak lagi begitu
aktif dan bebatang mata ikan akan memainkan peranan. Warna-warna sudah semakin pudar mengikut
kekuatan cahaya di luar dan dalam air. Di sini kita boleh menggunakan warna-warna yang terang dan
gelap mengikut kesesuaian cahaya dilangit. Warna merah adalah paling sesuai tatkala senja tiba. Ini
kerana warna ini bertentangan dengan cahaya di langit dengan kadar kontras yang baik. Hari yang
semakin bergerak, kita gunakan skala pemilihan warna bermula dari warna merah pada awal pagi. Diikuti
dengan warna biru, hijau, kuning dan oren.

Melihat terangnya langit dan cuaca akan membantu kita memilih warna gewang dengan baik. Kita perlulah
rajin mencuba sebanyak mungkin jenis-jenis gewang yang mahu digunakan. Ilmu tentang cuaca, kadar
terang cahaya, kadar jernih air, kedalaman air, jenis ikan pilihan membantu kita memilih warna gewang
yang sesuai untuk digunakan.

Pada awal perenggan tadi, kita bicarakan sains memainkan peranan penting dalam pemilihan warna.
Namun, rasa dihati dan naluri juga mampu membantu. Tidak semua perkara yang kita baca ini mampu
menolong. AWAS! cuaca akan bertukar-tukar, sifat pemakanan ikan akan berubah-ubah kerana bunyi
bising dan ragam pemangsa lain. Kadar PH dan suhu air berubah. Hari ini gewang warna merah akan laris,
esok sudah tak laku. Pada waktu malam, kawanan ikan akan berpecah dan ikan-ikan ini akan melihat
kontras apa jua pergerakan mangsa pada permukaan air (hasil dari kadar cahaya dilangit). Disini lah
pengetahuan tentang fasa peralihan cahaya bulan perlu digunakan.

Keseluruhannya,
apa jua percubaan yang rajin dan konsisten akan membuahkan hasil yang diinginkan. Ingatlah satu
perkara, kita boleh menggunakan apa jua bau, rasa dan getaran pada gewang, tetapi sekiranya ikan tidak
dapat melihat dengan baik warna dan jarak mangsa untuk diterkam-makan,anda KALAH! Disebabkan
itulah warna adalah komponen penting dalam pengembaraan menggewang anda.
Back to top Go down
Pakcik P
Administrator
Administrator


Posts : 87
Join date : 2009-05-25
Location : Membakut- Kota Kinabalu

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Tue Jun 23, 2009 3:14 pm

good info bro...ni artikel yang berguna kepada teman2 kita yang lain..memang benarlah apa yang artikel ni bagitau kita...jika anda mempunyai artikel2 yang sebegini sila postkan lagi untuk menambah pengetahuan kepada rakan2 kita yang lain
Back to top Go down
http://gckk.forumotion.com
belended

avatar

Posts : 55
Join date : 2009-06-12

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Thu Jun 25, 2009 6:56 am

tapi pernahkah sahabat2 semua mencuba utk menukar warna gewang mengikut kreativiti sendiri???
seorang sahabat forum sya pernah cuba menukar gewang pencil dari eupro... tapi sayang sebab belum kena ikan lagi gewang sudah sangkut dan gagal diselamatkan... kehkehkeh...

Gewang modifikasi warna... Pencil Eupro...

















gewang tu ditransform bukan sebab ikan xmakan... sahabat tu saja bereksperimentasi utk replicate anak toman dan target digunakan untuk kasting sebarau...

p/s sekadar perkongsian... sya sendiri tidak pernah tukar warna gewang...
Back to top Go down
adan

avatar

Posts : 18
Join date : 2009-05-26
Age : 29
Location : perumahan kastam jln sepanggar

PostSubject: re:adakah warna rapala memainkan peranan   Thu Jun 25, 2009 4:55 pm

jadi pemilihan gewang kenalah mengikut keadaan air begitu ka???
Back to top Go down
Pakcik P
Administrator
Administrator


Posts : 87
Join date : 2009-05-25
Location : Membakut- Kota Kinabalu

PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   Thu Jun 25, 2009 7:14 pm

stakat ni,warna kegemaran febret ikan sungai mahupun laut yang sudah saya cuba dan ada tip topnya "Read Head" dan "Green Tiger" .kata orang still ada kualitinya berbanding sambaran dan juga saiz ikanya..saya pernah menaikan ikan Alu-alu seberat 5kg lebih dalam sesi troling mengunakan rapala "Read Head" seperti gambarajah di bawah,baru jak on sesi troling nda smpai 10 minit,terus mendapat sambaran lengkap dari alu2,ikan kerapu pula memang seleranya lah klu pakai rapala kategori ni..mo try juga buat belang2 di badan rapala tu nanti,thanks for your infomation skill bro blended


Rapala "Read Head" floating,deep 2m yang belambak keluaran di pasaran menjadi salah satu Killer bait..


Rapala type sink 3-4 m keluaran Samurai ini juga menjadi febret ratahan ikan jajahan iaitu ikan selunsong.
Back to top Go down
http://gckk.forumotion.com
Sponsored content




PostSubject: Re: ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???   

Back to top Go down
 
ADAKAH WARNA RAPALA MEMAINKAN PERANAN???
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» rattlin rapala
» Free Rapala Pro Bass Fishing fro the WII
» Float Tube fishing for Thresher Sharks......

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Gerbang Caster KK :: ZON LEPAK :: Santai Kopi-
Jump to: