Gerbang Caster KK
please login first if you already become member,if not please register first before you can access this forum.
Gerbang Caster KK
please login first if you already become member,if not please register first before you can access this forum.
Gerbang Caster KK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Universal Members
 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Selamat datang ke Gerbang Caster KK

 

 Membakut Lake Tournament

Go down 
2 posters
AuthorMessage
BigFish

BigFish


Posts : 6
Join date : 2009-05-27

Membakut Lake Tournament Empty
PostSubject: Membakut Lake Tournament   Membakut Lake Tournament EmptyThu May 28, 2009 8:29 pm

saya mo tau bro,bila ada tournament di lake membakut tu..dengar2 crita ada tournament la tp nda tau bila so boleh minta tolong ka bro sifu untuk mendapatkan maklumat berkenaan,mo juga rasa ni menarik toman disana
Back to top Go down
Pakcik P
Administrator
Administrator



Posts : 87
Join date : 2009-05-25
Location : Membakut- Kota Kinabalu

Membakut Lake Tournament Empty
PostSubject: Re: Membakut Lake Tournament   Membakut Lake Tournament EmptyMon Jun 01, 2009 5:11 pm

PERTANDINGAN MEMANCING IKAN AIR TAWAR
MEMBAKUT FISHING LAKE 2009
Syarat-Syarat dan Peraturan Pertandingan


* Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemancing yang berumur 11 tahun ke atas dengan yuran penyertaan adalah sebanyak RM70.00 untuk dua (2) joran pertama pendaftaran.
* Setiap joran peserta mesti mempunyai pelekat tag pertandingan.
* Tambahan joran bernilai RM40.00 sebatang.
* Peserta dibenarkan menggunakan lebih daripada satu joran yang mempunyai pelekat tag petandingan.
* Jackpot bernilai RM 4,000.00 dalam pertandingan memancing Membakut Fishing Lake bagi ikan toman dengan berat 8 kg dan ke atas.
* Jenis ikan yang dipertandingkan ialah ikan toman, patin, kelah, lampam Jawa, keli, tilapia, haruan dan baung sungai.
* Sebatang
joran boleh memenangi lebih dari satu (1) hadiah tetapi haruslah
mempunyai dua (2) tangkapan ikan yang berbeza. Contoh: tangkapan ikan
pertama dengan berat 5 kg dipertandingkan bagi kategori berat dan
tangkapan kedua seberat 8 kg layak dipertandingkan untuk memenangi
hadiah lain dan jackpot.
* Setiap joran yang mempunyai tag pertandingan layak dipertandingkan untuk hadiah jackpot.
* Pengadil hanya akan mengambil ikan yang terberat sahaja untuk dipertandingkan walaupun peserta dapat membuat tangkapan ikan yang banyak.
* Peserta
dikehendaki melepaskan ikan yang tidak dipertandingkan. Penganjur
menggalakkan peserta melepaskan ikan yang bersaiz kecil (500 gram dan
ke bawah) untuk menjaga populasi ikan di tasik ini.
* Peserta tidak dibenarkan menggunakan hand lines,
pukat, rambat dan peralatan lain selain daripada joran yang dibenarkan,
sekiranya didapati berbuat demikian maka tangkapan ikan tersebut tidak
diambil kira dan penyertaan akan dibatalkan, seterusnya akan disenarai
hitamkan daripada mengikuti pertandingan di tasik ini pada masa akan
datang.
* Setiap peserta boleh
membuat bantahan dan aduan terhadap peserta lain yang didapati membuat
tangkapan yang meragukan kepada pihak penganjur dengan mengisi borang
bantahan dan aduan. Setiap bantahan dan aduan harus disertakan RM100.00
sebagai caj bantahan dan aduan sebelum tamat masa pertandingan.
* Caj bantahan dan aduan tidak akan dikembalikan.
* Pengadil berhak membatalkan penyertaan dan tangkapan ikan yang diragui.
* Keputusan pengadil adalah muktamad.
* Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
* Ikan
yang dihantar untuk ditimbang mestilah mempunyai mata kail dan perambut
yang dipotong oleh pengadil yang bertugas untuk pengesaahan dan di
tanda.
* Peserta dibenarkan untuk menggunakan kaedah casting (gewang) semasa pertandingan.
* Setiap joran peserta hanya dibenarkan menggunakan satu (1) mata kail sahaja.
* Peserta bebas untuk menggunakan tali dan perambut tanpa had berat.
* Peserta dikehendaki membawa umpan sendiri.
* Peserta bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan keluarga semasa memancing.
* Peserta diminta menjaga kebersihan ketika berada di dalam kawasan memancing.
* Peserta dibenarkan memancing di sekeliling tasik kecuali kawasan berdekatan sangkar ikan dan pusat urus setia.
* Setiap
resit pendaftaran pertama peserta akan mendapat satu (1) cabutan tiket
bertuah dan setiap tambahan pendaftaran joran RM40.00 akan mendapat
satu (1) lagi cabutan tiket bertuah.



* Tempat Pertandingan: Membakut Fishing Lake, Membakut, Sabah
* Tema: Cabaran Toman Tasik Membakut
* Tarikh Tutup Penyertaan: 05 Jun 2009 (Jumaat)

Atur Cara Pertandingan


* Tarikh: 6 Jun 2009 (Sabtu)

* 7.00 pagi: Taklimat kepada para peserta (wajib).
* 8.00 pagi: Acara pertandingan memancing bermula.

Borang penyertaan boleh didapati di


* Wisma Sabah, Tingkat 4, Gaya House Sdn Bhd, Kota Kinabalu
* Eco Resort Membakut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi


* Rafie: 016-8012566/087-209585
* Julie: 016-8109473
* Ismail: 013-5410361
* Affindy: 019-8096496
* Juliyana: 088-233499

Hadiah-hadiah lumayan menanti anda!


* Jackpot: RM 4,000.00
* Pertama: RM 2,500.00 + trofi + barangan memancing + t-shirt
* Kedua: RM 1,500.00 + trofi + barangan memancing + t-shirt
* Ketiga: RM 900.00 + trofi + barangan memancing + t-shirt
* Saguhati: 5 hadiah barangan memancing
* Cabutan tiket bertuah


Sumber: www.membakut.info
Back to top Go down
https://gckk.forumotion.com
 
Membakut Lake Tournament
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Gerbang Caster KK :: INFO ZONE :: Zone Infomation-
Jump to: